SEJARAH SEKOLAH

     

 Sekolah asal didirikan secara gotong-royong oleh ibubapa yang diketuai oleh YM Raja Mahadi,Penghulu Changkat Jering di tapak SM Tengku Menteri. Beberapa bangunan telah lama dibina oleh kerajaan secara berperingkat dari tahun 1890,1915,1953 hingga 1961.Bangunan lama ini bertanggakan separuh batu, berlantaikan papan dan dinding bertam. Kawasan ini tidak sesuai dijadikan tapak sekolah kerana berbukit dan tidak mempunyai kemudahan seperti tandas.
        Bangunan baru siap dibina pada tahun 1985 ditapak SK Changkat Jering sekarang di Lot 770. Sekolah ini mempunyai 2 buah bangunan 2 tingkat. Bangunan ini mempunyai 12 buah bilik darjah,dewan,surau,bilik guru,pejabat dan kantin juga mempunyai kemudahan padang.
        Bangunan PPS telah dibina pada tahun 1987 atas sumbangan dari Bank Dunia. Kelas PraSekolah bersebelahan dengan PSS telah mula beroperasi pada tahun 2002. Bangunan 3 tingkat pula dibina pada tahun 1997 digunakan sepenuhnya pada tahun 1999. Makmal Komputer digunakan sepenuhnya pada 03.01.2002 di bawah pentadbiran Guru Besar ke 17,Tn.Hj.Mohd Nordin b.Bakir,PPT.pembangunan pasarana SK Changkat Jering pesat mambangun.Antaranya bangunan prasekolah ke-2 dibina dan beroperasi sepenuhnya pada 3.1.2007.Sementara bangunan prasekolah ke 3 dibina dalam tahun 2007 dan boleh digunakan untuk proses pembelajaran oleh murid prasekolah pada 3.1.2008.
         Pada tahun 2007 juga beberapa pembangunan pasarana bibuat seperti makmal akses,penggantian bumbung sekolah keselurhanya,penaikan taraf surau dan bilik gerakan SK Changkat Jering.Penambahan 10 buah tempat letak kereta(lot parking)dibina,5 dikhas untuk bahagian pentadbiran dan 5 lagi untuk penambahan yang sedia ada untuk guru-guru. penurapan tar tapak perhimpunan untuk kemudahan murid-murid berhimpun turut dibuat dan dibina.
menjelang tahun 2008 SK Changkat Jering turut berubah wajah dengan penaikkan taraf dan pembinaan kantin baru pada bulan April 2008.Pada tahun yang sama juga pendawaian semula elektik juga dibuat terutama di blok pentadbiran ,kantin dan blok 3 tingkat.

1 comment: